Ewon santuni 4 kampung di Kadamaian bagi program gotong-royong
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon santuni 4 kampung di Kadamaian bagi program gotong-royong

22 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyantuni empat kampung di kawasan Kadamaian yang masing-masing mengadakan Program Gotong-Royong sempena cuti Hari Raya, kelmarin.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi memulakan program turun padang di Kampung Melangkap Tomis seterusnya di Kg.Melangkap Tiong, Kg.Neriou dan Kg.Gonsurai.


Dalam kunjungan itu Ewon turut menyampaikan sumbangan seperti yang diperlukan penduduk kampung di setiap kampung berkenaan.

Di Kg.Melangkap Tomis, Ewon menyantuni penduduk kampung yang bergotong-royong membina dewan terbuka gereja, seterusnya menyampaikan sumbangan touch point sebanyak RM14,000 kepada wakil gereja tersebut.


Kemudian, beliau meneruskan program turun padang di Kg.Melangkap Tiong dan meninjau keperluan Gereja St. Nancy di kampung itu dan bersetuju membina konkrit jalan masuk ke gereja itu.


Beliau seterusnya menghadiri gotong-royong di Gereja SIB Melangkap Tiong dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM7,000 kepada gereja berkenaan.

Ewon turut mengunjungi Tamu Melangkap Tiong dan beramah mesra dengan para peniaga di tamu tersebut.


Di Kg.Noriou beliau menyampaikan sumbangan RM6,000 untuk menyelenggara pondok kuburan dan membekal lampu solar dewan terbuka.


Ewon meneruskan program di Kg.Gensurai dan menyempurnakan Kempen 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) anjuran KRT kampung itu.

Beliau menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk mengisi Tabung Gereja SIB Kg.Gansurai bagi membiayai pemasangan tiles, RM5,000 untuk mengisi tabung pelancongan kampung itu dan RM5,000 untuk Gereja Yesus Benar Kg. Gansurai.


“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan bebanan kewangan pihak gereja dan penduduk kampung secara keseluruhannya,” katanya.


bottom of page