Ewon santuni 6 persatuan dan koperasi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon santuni 6 persatuan dan koperasi


4 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyantuni enam persatuan dan Koperasi pada Hari Bertemu Pelanggan di pejabatnya, di sini, hari ini.


Persatuan dan koperasi itu ialah Koperasi Tanjung Keramat Malaysia, Co-Opbank Pertama, Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad (NARSCO), Federation of Malaysian Business Association (FMBA), Persatuan Pengusaha Gaharu Bumiputera Malaysia (PENGHARUM) dan SME Association of Malaysia.


Dalam kunjungan itu, setiap wakil persatuan dan koperasi membangkitkan pelbagai isu dan cabaran yang memerlukan perhatian kerajaan terutamanya kementerian dan juga cadangan penambahbaikan program-program pembangunan keusahawanan di negara ini.


Ewon berkata, beliau mengambil maklum isu-isu yang dibangkitkan oleh setiap persatuan dan koperasi untuk tindakan selanjutnya.


“Saya terbuka mendengar permasalahan dan cadangan-cadangan daripada pelbagai persatuan berkaitan pembangunan keusahawanan, koperasi, penjaja dan peniaga-peniaga kecil di negara ini dan berusaha mencari kaedah terbaik menyelesaikan setiap isu yang dikemukakan kepada saya,” katanya.

bottom of page