top of page

Ewon serah watikah pelantikan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah INSKEN

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 17, 2023
  • 1 min read
Ewon (tengah) bergambar bersama ahli lembaga INSKEN.

17 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara INSKEN, di sini, hari ini.


Dalam kunjungan itu, Ewon turut menyampaikan surat pelantikan kepada semua ahli lembaga.


Mereka ialah Datuk Sham Shamrat Sen Gupta, Dato’ Paduka Datin Seri Sharipah Hishmah Sayed Hassan, Hajah Mazlina Kamaruddin, Mary Jim dan Kiren Kaur A/P Hari Singh.

Ewon berharap kesemua ahli lembaga yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab membantu INSKEN dalam memperkasakan usahawan di seluruh negara melalui program-program latihan dan bimbingan keusahawanan.


Tumpuan juga akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak dengan pembukaan kampus baru yang dilancarkan tahun ini,” katanya.

INSKEN adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.


Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Korporat INSKEN Roziah Mohamed Isa,  Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Kuskop, Noor Azman Muhammad Noor dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan, Dr Salmah Sathiman.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page