top of page

Ewon terima 30 borang permohonan sertai UPKO

  • nabalunews
  • Aug 5, 2024
  • 1 min read

5 Ogos 2024


KOTA BELUD : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) terus mendapat sokongan rakyat apabila 30 borang permohonan menyertai parti itu diserahkan oleh Ketua Penaja UPKO cawangan Kampung Sokid, Geofery Magaran kepada Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, baru-baru ini.


Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha UPKO Bahagian Kota Belud, Anichlose Kesimin dan Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Kaung Ulu Kadamaian, Solumin Solinu.


Di majlis ini, Ewon turut beramah mesra dan makan bersama penduduk kampung yang hadir.


Ewon turut meluangkan masa meninjau tapak cadangan bagi permohonan pembinaan mini dewan terbuka untuk komuniti Kampung Kaung Sokid.


Beliau turut menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada gereja SIB Kampung Kaung Sokid.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page