top of page

Felix hadiri Program Kempen Derma Darah di Telupid

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 30, 2021
  • 1 min read

Felix (berbaju hitam) bergambar bersama pihak penganjur

30 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Ketua Pemuda Upko Felix Joseph Saang menghadiri Program Kempen Derma Darah anjuran Majlis Belia Daerah Telupid.


Beliau berharap program itu dapat mencapai matlamat untuk mengumpul 200 pain darah bagi membantu para pesakit yang memerlukan.


“Hari ini saya berkesempatan memenuhi jemputan Program Kempen Derma Darah anjuran Majlis Belia Daerah Telupid.


“Semoga matlamat program ini untuk mengumpul 200 pain darah akan tercapai,” katanya.


Felix turut merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Belia Telupid dan semua pihak yang terlibat termasuk para sukarelawan atas usaha menjayakan program itu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page