top of page

FINAS PANDANG SERIUS ISU-ISU DIKAITKAN DENGAN PENGGIAT INDUSTRI KREATIF

  • nabalunews
  • Oct 23, 2020
  • 1 min read

23 OKTOBER 2020


PUTRAJAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memandang serius isu melibatkan aktiviti pengubahan wang haram, perjudian dalam talian dan sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan beberapa penggiat industri kreatif.

Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid berkata ia memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dalam membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan sistem perundangan negara.

"Finas juga sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakaria berkata Finas juga sentiasa terbuka dan mengalu-alukan apa jua aduan serta pandangan daripada mana-mana organisasi dan individu bagi kebaikan industri kreatif negara.

Dalam pada itu, Finas turut mengingatkan semua pihak terutamanya pengguna laman media sosial agar tidak bertindak serkap jarang dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti penggiat industri kreatif. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page