Focus Point buka peluang usahawan jadi francaisi: Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Focus Point buka peluang usahawan jadi francaisi: Ewon



 28 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, syarikat optik terkemuka di Malaysia, Focus Point Vision Care Sdn. Bhd membuka peluang kepada usahawan menjadi francaisi.

 

Sehubungan itu katanya, kerjasama Focus Point dan Pernas dalam memperkasa industri francais merupakan satu kolaborasi terbaik.

 

Beliau juga berharap kolaborasi antara Pernas dan Focus Point akan memberi impak positif dalam menghasilkan usahawan francais khususnya untuk golongan profesional optikal termasuk graduan baru dalam bidang optometri.


“Semua sedia maklum bahawa Focus Point merupakan satu jenama dan “role model” terbaik untuk industri optikal dengan 35 tahun pengalaman dalam industri.

 

“Saya percaya Focus Point bukan sekadar dapat memberi peluang perniagaan francais, malah dapat membimbing usahawan untuk mengendali perniagaan dengan baik,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Peluncuran Konsep Francais Focus Point Sightsavers dan Sesi Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU), antara Pernas dan Focus Point, di sini, hari ini.

 

Ewon berkata, Pakej Focus Point Sightsavers yang diperkenalkan pada Oktober 2023 menawarkan pelbagai manfaat kepada usahawan francais.

 

“Pakej ini lengkap dengan menyediakan konsep waktu operasi yang fleksibel, renovasi tanpa kos dan modal permulaan yang berpatutan untuk peralatan, stok dan lain-lain.

 

“Tahniah kepada usahawan francais yang berjaya membuka tiga cawangan Focus Point Sightsavers di Subang Bestari Selangor, Sendayan Negeri Sembilan dan Muar Johor,” katanya.

 

Beliau turut mengesyorkan supaya konsep Focus Point Sightsavers yang diperkenalkan oleh Focus Point menjadi titik permulaan agar lebih ramai usahawan memulakan perniagaan secara francais.

 

“Bagi usahawan yang sudah bermula, inilah masanya untuk memperluas dan memperbesarkan lagi perniagaan,” katanya.

 

Syarikat Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd memperkenalkan pakej francais ‘Focus Point Sightsavers’ dengan penjimatan kos permulaan perniagaan sehingga 70 peratus merupakan inisiatif yang menggunakan pembiayaan francais yang disediakan oleh Pernas.


Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato Sri’ Suriani Dato’ Ahmad, Presiden Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd. Dato’ Liaw Choon Liang dan Ketua Pegawai Operasi Pernas Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah.

bottom of page