Gambar tular ahli MUDA bersama minuman arak taktik lapuk – Syed SaddiqGambar tular ahli MUDA bersama minuman arak taktik lapuk – Syed Saddiq
top of page
  • Farah Salim

Gambar tular ahli MUDA bersama minuman arak taktik lapuk – Syed Saddiq



5 Jan 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Abdul Rahman membidas dakwaan pihak tertentu yang tular di media sosial kononnya beberapa orang berpakaian baju parti tersebut sedang meminum arak.


Beliau berkata, tindakan pihak berkenaan untuk memburuk-burukkan parti itu adalah taktik lapuk dan terdesak yang sengaja ingin memburuk-burukkan imej MUDA.


“Ini semua adalah formula sama yang digunakan pihak yang tidak senang dengan kerja MUDA.


“Kalau tak boleh tunjuk mereka berhidmat untuk rakyat, mereka mainkalah isu agama, sensasi dan merendahkan imej MUDA.


“Saya percaya taktik murah dan lapuk ini adalah taktik mereka yang terdesak. Kalau betul-betul nak tularkan isu, tularlah isu salah laku dan curi wang rakyat. Bawalah isu rasuah, guna wang rakyat untuk kepentingan diri,” kata Syed Saddiq menerusi akaun Facebooknya, hari ini.


Syed Saddiq juga menafikan dakwaan bahawa wang sumbangan rakyat untuk misi bantuan banjir disalahgunakan untuk membeli minuman keras untuk ahli tersebut.


“MUDA tak guna duit sumbangan untuk membeli minuman alkohol. Ini tuduhan paling tidak masuk akal. ‘MUDA is an open book’. Semua sumbangan adalah 100 peratus disalurkan kepada mangsa banjir,” jelasnya.


Beliau juga menegaskan bahawa parti MUDA adalah parti berbilang bangsa dan agama yang diwujudkan atas dasar toleransi.


“Parti ini parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum, lainlah kalau mereka memandu. Kita hormat hak mereka dan mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka,” katanya.



bottom of page