top of page

Gambaran Yang Diberikan Adalah Tidak Tepat – FAM Akan Mengemukakan Rayuan Rasmi

  • nabalunews
  • Oct 7
  • 1 min read

ree

7 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa gambaran yang diberikan dalam keputusan FIFA adalah tidak tepat.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menegaskan, dakwaan bahawa pemain “memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu” adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.


“FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah.


“Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission iaitu ralat pentadbiran (administrative error), apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


“Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia,” katanya.


Menurut kenyataan itu, FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini, dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page