Gempa Bumi Kuat Melanda Kepulauan Kuril
- nabalunews
- Aug 3, 2025
- 1 min read

3 Ogos 2025
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat direkodkan berlaku di Kepulauan Kuril pada jam 1:38 petang waktu Malaysia, hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, gempa bumi itu berlaku pada koordinat 50.7° Utara dan 157.7° Timur dengan magnitud 6.6 pada skala Richter.
Katanya, pusat gempa terletak kira-kira 261 kilometer di selatan Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia, pada kedalaman 73 kilometer.
“Kejadian gempa bumi itu tidak membawa kepada sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
“Pihak berkuasa terus memantau situasi dan menggesa orang ramai untuk mendapatkan maklumat sahih daripada agensi rasmi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.















Comments