top of page

Had Pengisian Diesel Bersubsidi di Sabah, Sarawak, Labuan Berkuat Kuasa 1 April

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


28 Mac 2026


PUTRAJAYA: Kerajaan akan mula menguatkuasakan had pengisian minyak diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 April 2026, sebagai langkah membendung penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi oleh pihak yang tidak layak.


Harga diesel bersubsidi bagi kawasan berkenaan kekal pada kadar RM2.15 seliter, namun setiap transaksi pembelian kini dihadkan mengikut kategori kenderaan pengangkutan darat.


Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri pada 26 Mac 2026, had pengisian ditetapkan sebanyak 50 liter bagi kenderaan ringan (persendirian, awam dan barangan), 100 liter bagi kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan berkapasiti bawah tiga tan, serta 150 liter bagi kenderaan berat melebihi tiga tan.


Langkah ini bertujuan memastikan bekalan diesel bersubsidi tidak dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan atau sektor industri yang tidak layak menikmati subsidi tersebut.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau pelaksanaan had pengisian ini bagi memastikan pematuhan oleh semua stesen minyak di ketiga-tiga wilayah berkenaan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page