top of page

Hampir 58,000 murid dikenal pasti pembawa talasemia

  • nabalunews
  • 37 minutes ago
  • 1 min read

23 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Seramai 57,910 daripada 2.12 juta murid yang menjalani saringan di seluruh negara dikenal pasti sebagai pembawa penyakit talasemia.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, angka itu membawa kepada prevalens pembawa talasemia di seluruh negara kepada paras matriks 59.1 per 1,000 murid disaring.


"Prevalens pembawa talasemia tertinggi direkodkan dalam kalangan masyarakat Melayu, diikuti KadazanDusun dan seterusnya Cina.


“Manakala dari segi negeri pula, kadar tertinggi dilaporkan di Sabah, Selangor dan Kedah”, katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berhubung status pencapaian program saringan talasemia, termasuk pelajar berusia 16 tahun, praperkahwinan, pranatal serta tahap kesedaran rakyat mengenai penyakit itu.


Menjawab soalan asal megenai jumlah terkini pesakit talasemia di Malaysia, Dzulkefly memaklumkan, seramai 9,554 pesakit direkodkan berdasarkan data rasmi Laporan Tahunan Daftar Talasemia Malaysia 2023 yang diterbitkan tahun lalu.


Beliau berkata, data itu diperoleh daripada 102 hospital KKM dan dua hospital universiti terbabit dalam penyampaian perkhidmatan kepada pesakit talasemia.


“Dari sudut klinikal, penghidap dikategorikan mengikut keperluan pemindahan darah iaitu pesakit bergantung kepada pemindahan darah (TDT) dan pesakit tidak bergantung kepada pemindahan darah (NTDT).


“Anggaran kos sepanjang hayat bagi setiap pesakit TDT bermula dari usia kanak-kanak hingga 40 tahun adalah AS$606,665 (hampir RM3 juta), merangkumi 92.5 peratus kos penjagaan kesihatan manakala 7.5 peratus lagi ditanggung pesakit serta keluarga,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page