top of page

Hanya peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas dikenakan sekatan perjalanan

  • nabalunews
  • 10 minutes ago
  • 1 min read

9 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Hanya peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan memenuhi kriteria tertentu tetapi culas membuat bayaran balik akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim, berkata tindakan itu bukan kepada peminjam yang baharu menamatkan pengajian, belum mempunyai pendapatan tetap atau peminjam dalam kalangan B40 dan M40.


“Kerajaan sentiasa prihatin mengenai beban hutang serta kesukaran graduan dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka sekiranya tidak berkemampuan, justeru pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu meringankan beban peminjam selepas bergraduasi.


“Antaranya memberi tempoh tempoh lanjutan selama 12 bulan kepada peminjam selepas tamat pengajian bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan serta pendapatan yang stabil sebelum diwajibkan memulakan bayaran balik pinjaman,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai langkah kementerian membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap, tetapi disenarai hitam untuk ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN.


Mengulas lanjut, Adam Adli berkata, peminjam yang tidak berkemampuan membayar balik pinjaman mengikut jadual asal boleh memohon penstrukturan semula bayaran balik mengikut kemampuan kewangan masing-masing sehingga maksimum umur 60 tahun.


Selain itu, katanya, penangguhan bayaran balik turut dibenarkan kepada peminjam yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan, sama ada sehingga mereka memperoleh pendapatan atau bagi tempoh maksimum dua tahun.


“Bagi peminjam yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi pula, penangguhan bayaran balik pinjaman akan diberikan sepanjang tempoh pengajian baharu mereka,” ujarnya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page