top of page

Hara 2024: gesa belia di Negara ini menetang rasuah

  • nabalunews
  • Dec 10, 2024
  • 1 min read

ree

10 Disember 2024


KELANA JAYA : Belia di negara ini digesa untuk bersama-sama menentang rasuah dan meningkatkan nilai integriti dalam misi membentuk generasi masa hadapan yang bebas rasuah.


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM telah melaksanakan pelbagai inisiatif pendidikan yang menyasarkan golongan belia.


Antaranya Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai mata pelajaran wajib di semua universiti awam serta institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) seluruh negara, Program Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) dan pentauliahan Pegawai Integriti Muda atau Young Integrity Officer (YIO).


“Bagi sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa 2024 (HARA 2024), pihak SPRM telah menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dalam menyebar luas mesej antirasuah kepada golongan belia.


“Impak tindakan SPRM bagi mendapatkan keyakinan, sokongan dan keberkesanan pencegahan daripada belia telah mencapai 93.85 peratus dan di peringkat NGO pula telah mencapai 93.56 peratus bagi tempoh Januari hingga November 2024 berdasarkan Kajian Penilaian Keberkesanan Program Antirasuah (KPAR),” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup HARA 2024 Peringkat Kebangsaan di Auditorium Angkasa, Kelana Jaya, di sini pada Isnin.


Azam berkata, SPRM kini dalam usaha untuk meningkatkan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).


“Banyak usaha yang perlu dijalankan antaranya termasuklah aspek hak asasi manusia, laporan media, birokrasi dan sebagainya.


Hadir sama Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Presiden PAKAR, Nasir Ab Hadi; Ketua Pengarah NFCC, Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Azmi Kamaruzaman; Pengarah-pengarah Bahagian dan negeri SPRM.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page