top of page

Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen mulai esok

nabalunews

7 Ogos 2024


KUALA LUMPUR : Seiring dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.30 seliter, bermula esok, 8 Ogos 2024 sehingga 14 Ogos 2024.


Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.


Sepanjang tempoh tersebut, harga runcit petrol kekal RM3.47 seliter bagi RON97 dan RM2.05 seliter bagi RON95.


Manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.


Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau trend perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan juga akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia dan juga menyokong kestabilan harga.


Ini merupakan kali pertama harga diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan selepas pelaksanaan penyasaran semula subsidi bahan bakar itu, yang berkuat kuasa 10 Jun lalu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page