top of page

Harga Minyak Dunia Jatuh, Petronas Bertegas Kekalkan Pengeluaran Minyak Di Sabah - Azalina

  • nabalunews
  • 24 minutes ago
  • 1 min read

13 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Walaupun harga minyak dunia sedang merudum, PETRONAS tetap tidak akan mengurangkan pengeluaran minyak dan gas di Sabah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata keputusan itu dibuat demi kepentingan jangka panjang negara.


Katanya, kerajaan pusat dan PETRONAS mahu memastikan bekalan tenaga negara terus terjamin, industri kekal stabil, dan pendapatan kepada negeri pengeluar tidak terjejas.


"Kawal selia pengeluaran O&G di Sabah dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh, termasuk aspek teknikal, komersial dan pelan jangka panjang. Bukan semata-mata ikut turun naik harga semasa," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan (GRS-Keningau) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memulihara sumber negeri itu susulan kejatuhan harga minyak global.- sumber BERNAMA

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page