top of page
  • Wartawan Nabalu News

Harga petrol dan diesel kekal – MOF



11 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Tiada perubahan harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter masing-masing bagi tempoh seminggu bermula 11 Jan hingga 17 Jan 2024.


Kementerian Kewangan (MOF) berkata harga itu ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira harga runcit mingguan produk petroleum.


"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," kata MOF dalam satu kenyataan.


MOF juga berkata, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

bottom of page