Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 22 Feb
Wartawan Nabalu News

15 Februari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa harga jualan runcit bagi petrol RON97, RON95 serta diesel akan kekal dan tidak berubah dari 16 hingga 22 Feb.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, RON97 akan kekal pada harga RM3.35 seliter, RON95 pada harga RM2.05 seliter dan diesel pada harga RM2.15 seliter.
Keputusan untuk mengekalkan harga tersebut dilakukan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global.
“Kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa.
“Dalam pada itu, kerajaan juga akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjaga," katanya.
Comments