top of page
  • Wartawan Nabalu News

Harga petrol RON97 meningkat, RON95 dan diesel tidak berubah


21 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter kepada RM3.47 mulai hari ini, sementara harga petrol RON95 dan diesel tetap tidak berubah.


Ini adalah berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang digunakan oleh kerajaan untuk menetapkan harga mingguan produk petroleum.


Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, harga petrol RON95 dan diesel kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 September.


"Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan," kata kenyataan itu.


MOF juga berkata, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.



Comments


bottom of page