top of page
nabalunews

Harga RON95 kekal, RON97 naik tiga sen bermula 26 Disember



26 Disember 2024 

 

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, sementara harga RON97 meningkat sebanyak tiga sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 bagi tempoh 26 Disember hingga 1 Januari 2025. 

 

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan turut memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia akan kekal pada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak, dan Labuan, harga diesel tetap pada RM2.15 seliter sepanjang tempoh sama. 

 

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut kenyataan itu. 

 

Penetapan harga ini dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). 

 

 

Comments


bottom of page