Harga Runcit Petrol,Diesel Kekal Hingga 5 Mac
- nabalunews
- Feb 27, 2025
- 1 min read

27 Februari 2025
PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel di seluruh negara kekal bagi tempoh sehingga 5 Mac depan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini berkata, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.43 seliter dan RM2.05 seliter untuk RON95.
Manakala katanya, harga runcit diesel di Semenanjung kekal pada paras RM3.18 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh sama.
“Penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.


















Comments