• Farah Salim

Hartal Doktor Kontrak hargai Khairy benarkan doktor kontrak memohon latihan kepakaran


15 Januari 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak (HDK) berterima kasih kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana menunaikan janjinya.


Kini, doktor kontrak layak memohon latihan kepakaran di bawah tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).


Menerusi satu kenyataan, kumpulan ini berkata ini juga bermakna doktor kontrak kini boleh mengikuti pengkhususan dalam bidang minat masing-masing di bawah tajaan HLP.


“Khairy Jamaluddin sememangnya telah membuktikan kecekalan dan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan isu ini yang membelenggu doktor kontrak sejak lima tahun lalu.


“Kami juga percaya bahawa Khairy Jamaluddin akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah lain yang dihadapi oleh doktor kontrak seperti yang disampaikan semasa pertemuannya dengan Gerakan Hartal Doktor Kontrak pada 21 September 2021,” katanya,


Kumpulan itu juga menzahirkan harapan agar terma dan syarat untuk memohon HLP akan diputuskan tidak lama lagi.


Selain itu, kumpulan itu juga telah membincangkan keperluan untuk faedah yang sama kepada doktor kontrak sebagai rakan sejawatan tetap mereka seperti kenaikan pangkat berdasarkan masa, cuti kanser dan faedah lain yang tidak tersedia buat masa ini untuk doktor kontrak.


“Kami amat yakin Khairy Jamaluddin dan pasukannya dapat menunaikan baki janji mereka demi doktor muda dan sistem penjagaan kesihatan Malaysia secara amnya,” katanya.