top of page

Hasrat Zii Jia rangkul juara Terbuka Hylo tidak kesampaian

Wartawan Nabalu News

8 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa melupakan hasratnya untuk merangkul kejuaraan keduanya tahun ini apabila terpaksa menarik diri ekoran kecederaan di set penentuan dalam perlawanan akhir Terbuka Hylo 2021 di Saarbrucken, Jerman awal pagi tadi.


Perlawanan akhir tersebut menyaksikan Zii Jia bertemu semula dengan Loh Kean Yew dari Singapura selepas tewas kepadanya ketika aksi pusingan pertama Terbuka Perancis minggu lepas.


Zii Jia bermain dengan begitu baik pada set pertama untuk menang 21-19 ke atas pemain ranking ke-39 dunia itu, namun Kean Yew kembali bangkit untuk memenangi set kedua 13-21 lalu mengeheret perlawanan ke set penetuan.


Set penentuan menyaksikan Zii Jia dan Kean Yew bermain dengan sengit apabila masing-masing saling kejar mengejar mata.


Zii Jia dilihat bergelut dengan kecederaan ketika perlawanan berada pada kedudukan 12-17, menyebabkan beliau terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan tersebut.


Kekalahan itu menyaksikan Zii Jia terlepas peluang untuk merangkul satu lagi gelaran juara sejak menjuarai Kejohanan All England 2021, Mac lepas.

Комментарии


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page