top of page

Hujan berterusan diramal landa Sabah dan Sarawak hingga esok – MetMalaysia

nabalunews

5 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan tahap waspada akan melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga esok.


Dalam kemas kini amaran yang dikeluarkan pagi ini, MetMalaysia menyatakan kawasan yang dijangka terjejas termasuk bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.


Manakala di Sarawak, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa tempat di Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.


Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan lain seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) serta Bintulu.


Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi jabatan itu, atau menghubungi hotline MET Malaysia di 1-300-22-1638.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page