Humayo FC johan terbuka lelaki, Kampung Enam johan wanita dan NVLT johan Veteran Piala ADUN Nabawan
- nabalunews
- May 26
- 1 min read

26 Mei 2025
NABAWAN: Humayo FC muncul sebagai juara kejohanan bola sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Siri 2, 2025 tertutup bagi kategori terbuka lelaki dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan di sini pada Ahad.
Malampoi FC A yang tewas 5 - 4 dengan Humayo FC melalui penentuan sepakan penalti selepas seri 0 - 0 sehingga tamat perlawanan separuh masa kedua menduduki naib johan.
Tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh pasukan Asria FT vs Salarom Taka.

Sementara itu bagi kategori terbuka wanita, Kampung Enam muncul sebagai johan dan naib johan disandang oleh Murni Real.
Tempat ketiga dan keempat bagi kategori ini masing-masing disandang oleh Mix Team SF dan WBFC.
Bagi kategori Veteran Lelaki, pasukan NVLT menyandang gelaran johan dan diikuti Bahagia Legend FT sebagai naib johan.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing diduduki oleh Kampung Enam VET dan Tampusison.
Majlis penutupan dan upacara penyampaian kejohanan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.
Comments