top of page

Indeks Keganasan Global: Prestasi Malaysia tangani keganasan meningkat

Wartawan Nabalu News

12 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Malaysia telah meningkatkan prestasinya dalam menangani keganasan dengan melonjak ke kedudukan 75 dalam Indeks Keganasan Global (GTI) pada 2022 berbanding tangga ke-68 pada tahun sebelumnya.


Ini menunjukkan bahawa usaha pencegahan dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan telah berjaya mengurangkan aktiviti keganasan di negara ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia kini menghampiri negara jiran Singapura, yang berada di kedudukan 93 dalam GTI.


Jelas beliau, tangkapan individu melibatkan aktiviti keganasan di Malaysia mencatatkan penurunan terutamanya selepas pasca COVID-19.


“Pada 2016, sebanyak 126 mereka yang disyaki pengganas telah ditangkap dan menurun kepada 107 pada 2017. Ia menurun lagi apabila pandemik (2020) dan pada tahun lalu hanya dua kes tangkapan (berkait dengan aktiviti keganasan pada tahun 2022),” katanya.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, langkah pencegahan perlu dilakukan khususnya untuk mengelakkan perbezaan fahaman politik, ketaksuban perkauman serta sikap perkauman yang menebal.


Tambah beliau, Malaysia telah meratifikasi sebanyak 10 instrumen keganasan daripada keseluruhan 19 instrumen dalam usaha menyokong langkah-langkah menangani keganasan di peringkat antarabangsa.


Ujar beliau lagi, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan terlibat untuk rangka usaha pencegahan termasuk pendidikan pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.


Beliau menegaskan bahawa Malaysia komited untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman keganasan termasuk melalui rancangan pemulihan.

Коментари


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page