Individu terlibat projek IC perlu disiasat: Pemuda UPKO Penampang
top of page
  • Farah Salim

Individu terlibat projek IC perlu disiasat: Pemuda UPKO Penampang


7 Julai 2022

Oleh Farah Salim


KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang Billy Joe Dominic mendakwa perbalahan antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Nasional (BN) mengenai pemberian Kad Pengenalan (IC) kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memberi gambaran UMNO dalang projek IC di negeri ini.


Terdahulu Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili mendakwa salah satu komponen parti BN memberikan kad pengenalan kepada PATI untuk mendapatkan undi.


Bagaimanapun melalui hantaran di laman Facebook milik Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau membalas tuduhan itu dengan mendedahkan pemimpin berkenaan merupakan dalang Projek IC itu.


“Najib telah melantik Mantan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk mengetuai jawatan kuasa Teknikal pendatang asing di Sabah. Namun, laporan jawatankuasa itu tidak pernah dikeluarkan, Najib dan Pairin perlu beritahu rakyat, apakah tindakan yang diambil oleh jawatankuasa berkenaan mengenai dakwaan wujud Projek IC di Sabah,” katanya dalam kenyataan media.


Billy Joe berkata, rakyat berhak untuk mengetahui apa hasil laporan jawatankuasa tersebut.


Sebelum RCI diadakan pada 2013, satu pendengaran Khas oleh Jawatakan Kuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai intergriti telah diadakan pada 26 Februari 2007.


Saksi utama pendengaran khas itu, Jabar khan turut mendedahkan nama beberapa pemimpin dalang projek IC. Kenapa perkara ini tidak pernah di siasat? tanya Billy Joe.


Sehubungan itu, katanya pendedahan Jabar Khan di Mesyuarat jawatan kuasa pilihan khas dewan rakyat mengenai intergriti perlu disiasat bagi membolehkan rakyat mengetahui kebenarannya.

bottom of page