top of page

Inisiatif MySTEP Diteruskan Tahun Depan

  • nabalunews
  • Dec 28, 2025
  • 1 min read

28 Disember 2025


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) pada tahun depan.


Keputusan itu dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail, menerusi surat pekeliling bertarikh 24 Disember, yang dikongsikan menerusi Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


“Inisiatif ini disasarkan kepada graduan atau pencari kerja termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas bagi memberi peluang dan pengalaman pekerjaan di sektor awam untuk jangka masa pendek,” menurut pekeliling itu.


JPA memaklumkan, perolehan perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah dilaksanakan berdasarkan peraturan dan tatacara ditetapkan dalam Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page