Istana arah MPs calonkan PM secara bertulis sebelum 4 petang esok
- Wartawan Nabalu News
- Aug 17, 2021
- 1 min read

17 Ogos 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Semua ahli Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang ke-9.
Demikian dinyatakan dalam surat bertarikh hari ini (17 Ogos) yang ditujukan kepada semua ahli-ahli Dewan Rakyat. Surat itu dikeluarkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Surat akuan itu hendaklah diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya pada Rabu (18 Ogos) sebelum jam 4 petang.
Surat itu mesti disahkan sebagai benar.
"Adalah dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam melaksanakan budi bicara baginda di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang di dalam hemat baginda mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat sebagai perdana menteri.
“Pada melaksanakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhotmat supaya menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan oleh Yang Berhotmat untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.


















Comments