top of page

Isu KK Mart dibom: PM Anwar, Menteri Dalam Negeri digesa ambil tindakan

Wartawan Nabalu News
Mar 30, 2024
1 min read

Updated: Mar 31, 2024


Sumber Foto: China Press & Facebook

30 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUANTAN: Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifudin Nasution untuk mengambil tindakan segera berhubung insiden bom api yang berulang di pasar mini KK Mart.


Jelas beliau, kejadian ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan, tetapi juga menuntut respons yang tegas dari pihak kerajaan untuk mententeramkan keadaan yang semakin tidak terkawal berhubung isu stokin dengan Kalimah Allah.


Hassan juga mengingatkan bahawa tindakan eksekutif yang berdasarkan undang-undang adalah penting untuk mengelakkan perpecahan dan kemusnahan yang lebih besar.


"Rakyat sekarang menuntut Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri supaya tampil dengan tegas sebagai pemimpin Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan eksekutif berdasarkan undang-undang.


"Ini penting agar rakyat selamat dan negara kita Malaysia tidak terjerumus kembali kepada kemusnahan perpecahan kaum dan bangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Serangan terbaru di Kuantan, Pahang, merupakan insiden kedua selepas serangan yang sama di Bidor, Perak.


Hassan menekankan bahawa suara Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak juga harus diambil kira, dan nasihat mereka untuk meredakan ketegangan kaum dan agama harus dipatuhi.


"Bertindaklah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri segera sekarang sebelum terlambat," tegas Hassan dalam kenyataan tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page