top of page

JBPM Siap Sedia Hadapi MTL

  • nabalunews
  • May 7
  • 1 min read


7 Mei 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah akan meningkatkan keanggotaan dalam menghadapi penghujung musim Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini.


Pengarah JBPM Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya sudah mengatur gerak pelbagai langkah termasuk meningkatkan penglibatan aktif pasukan bomba bantuan.


Katanya, sehingga kini, jumlah kekuatan sudah mencecah seramai 350 anggota yang boleh dikerahkan sekiranya perlu.



“Seramai 101 anggota bomba bantuan yang baharu saja menamatkan latihan, dan kita yakin penambahan ini akan dapat meringankan beban anggota tetap.


“Ia juga mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan kebombaan, khususnya di kawasan pinggiran dan luar bandar,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, semalam.


Sementara itu, katanya, kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri bertujuan untuk menjelaskan status operasi dalam menghadapi banjir selain memaklumkan pelantikan beliau sebagai sebagai Pengarah JBPM berkuat kuasa 7 April lalu.


“Selain memaklumkan pelantikan saya sebagai pengarah yang baharu, saya turut berkongsi status operasi jabatan termasuk persiapan menghadapi penghujung musim Monsun Timur Laut (MTL) serta insiden banjir yang kini berlaku di beberapa daerah seperti Beaufort dan Sook,” katanya.


Untuk rekod, sebelum ini, Mohd Pisar menjawat jawatan sebagai Pengarah JBPM Negeri Melaka dan memiliki pengalaman luas dalam bidang penyiasatan serta keselamatan kebakaran.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page