• nabalunews

JINGGA13 MALAYSIA, JANGKA PRU15 PALING KOTOR DALAN SEJARAH



Jingga13 Malaysia menjangkakan Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) akan mencatat sejarah sebagai pilihanraya yang paling kotor.


Sudah pasti sogokan wang, projek, ugutan, tekanan serta salahguna kuasa termasuklah memperalatkan Agensi-Agensi Pemguatkuasaan Kerajaan akan berlaku dari sekarang sehingga ke PRU15 untuk terus kekal berkuasa. "Matlamat menghalalkan cara" akan berlaku dan dilakukan oleh ahli-ahli politik tertentu yang rakus untuk kekal berada di tampuk kuasa. Ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan diminta menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri PN melalui sogokan wang, ugutan dan tekanan melalui agensi-agensi tertentu.



Mereka mempergunakan kesusahan & kesengsaraan Rakyat terutamanya di dalam suasana pendemik Covid-19 sebagai alat untuk memperolehi sokongan Rakyat secara menjelekkan dengan menggunakan wang atau material untuk "membeli" seberapa banyak undi yang boleh.


Maka bertaburanlah "kepala Agong" yang akan dijadikan bahan kempen. Budaya politik lama akan terus kekal relevan bagi mereka yang mengkhianati mandat Rakyat, yang penting untuk mereka ini hanyalah undi. Rakyat yang berprinsip sahaja akan terus kekal utuh.


Mereka sudah "mabuk kuasa'', mereka tahu bahawa mereka telah merampas kerajaan secara jijik. Rakyat pada hari ini melihat para pengkhianat dan "katak-katak politik" sedang ghairah mewarnai suasana politik negara yang tercinta.


"Rakyat Hakim Negara"! Rakyat mampu untuk membuat keputusan yang terbaik, samada mengekalkan ahli-ahli politik yang korup untuk terus berkuasa atau sebaliknya. Kita sudah punyai pengalaman sewaktu PRU14 dan mencatat sejarah yang Rakyat mampu menumbangkan kerajaan koruptor yang gayat mengamalkan kleptokrasi kerana "Suara Rakyat Suara Keramat".


muafakat*prihatin*berani


FARIZ MUSA

Ketua Kooordinator

Jingga13 Malaysia