top of page

JKR larang parti politik pasang bahan kempen di kawasan berisiko

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

17 November 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengingatkan semua parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah supaya tidak memasang bahan kempen di kawasan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.


Dalam satu notis makluman hari ini, JKR Sabah menegaskan larangan pemasangan bahan kempen seperti bendera, sepanduk dan poster di lima lokasi utama, iaitu bulatan, bukaan median jalan, simpang, lintasan pejalan kaki dan tiang lampu isyarat.


“Pemasangan bahan kempen di kawasan berkenaan boleh mengganggu dan mengehadkan pandangan pemandu sekali gus berpotensi menyebabkan kemalangan.


“Sehubungan itu, parti politik diminta supaya segera mengalihkan bahan-bahan kempen yang telah dipasang di kawasan larangan,” menurut jabatan itu.


Sementara itu, tinjauan di sekitar bandar raya yang mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan mendapati banyak bendera parti telah dipasang di lokasi strategik seperti di bulatan serta jejantas, selain di sepanjang jalan utama.


Di sepanjang Jalan KK Bypass, Jalan Lintas dan Jalan Tun Fuad Stephens antaranya memaparkan bendera parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page