top of page

JPJ tingkatkan ciri keselamatan aplikasi MyJPJ

Farah Salim

15 Februari 2023

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah meningkatkan ciri keselamatan aplikasi MyJPJ di mana pengguna perlu memasukkan nombor unik alphanumeric yang tertera di belakang lesen memandu semasa ingin mendaftar dengan aplikasi itu.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, nombor unik alphanumeric berbeza untuk setiap lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ.


Katanya, peningkatan ciri keselamatan ini berdasarkan aduan di mana pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mendaftar dengan aplikasi tersebut, namun ianya boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


"Mereka yang sudah mendaftar melalui aplikasi MyJPJ tidak perlu memasukkan nombor ini. Langkah keselamatan ini hanya untuk pengguna baru," katanya.


Loke berkata pengguna yang tidak dapat menggunakan nombor kad pengenalan untuk mendaftar di MyJPJ mungkin pernah menggunakan nombor kad pengenalan yang sama ketika mendaftar di MySikap atau JPJe-bid.


Tambah beliau, pengguna tidak boleh mendaftar dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang sama untuk kali kedua


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page