top of page

JPJKK Laksana Kempen Keselamatan Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2026

  • nabalunews
  • 51 minutes ago
  • 1 min read

17 Februari 2026


KOTA KINABALU: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kontijen Sabah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu melaksanakan Program Kempen Keselamatan sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2026 di Terminal Bas Inanam.


Program yang diketuai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah, Datuk Mohd Azhar Hamin itu dilaksanakan melalui pendekatan High Profile Policing dan Walk About.


Ia sebagai usaha mendekati masyarakat serta meningkatkan tahap kesedaran keselamatan sepanjang musim perayaan.

Sepanjang program berlangsung, pegawai dan anggota PDRM menyantuni para pengguna pengangkutan awam dan mengedarkan risalah pencegahan jenayah.


Selain itu, pasukan PDRM turut menyampaikan nasihat berkaitan jenayah harta benda, jenayah seksual, penipuan dalam talian, penyalahgunaan dadah dan keselamatan jalan raya.


Turut diberikan penerangan mengenai penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan QR Code Aduan Masyarakat bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan secara terus kepada pihak PDRM.

Sesi libat urus bersama pengusaha tiket, pemandu dan konduktor bas turut diadakan dengan penekanan terhadap pematuhan undang-undang jalan raya, penjagaan tahap kesihatan serta amalan pemanduan berhemah demi menjamin keselamatan penumpang.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page