Sambutan Tahun Baharu Cina serlah perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar
- nabalunews
- Feb 17
- 1 min read

17 Februari 2026
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan bersama pelbagai kaum menyerlahkan semangat perpaduan rakyat di negara ini.
Beliau berkata, kehadirannya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, di sini, hari ini, adalah untuk bersama-sama meraikan perayaan itu yang disifatkan sebagai sambutan seluruh rakyat Malaysia.
“Saya hanya datang untuk sama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh MCA dan ini bukan sahaja satu kumpulan, tetapi sambutan semua rakyat.
“Saya lihat sambutan itu sangat baik dan menunjukkan perpaduan kita,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Anwar berkata, Tahun Kuda yang disambut tahun ini melambangkan kekuatan dan tenaga yang diharap dapat memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara.
“Saya ingin ucapkan Tahun Kuda ini tahun kuda berapi yang memacu pertumbuhan yang lebih hebat dan segar. Kuda simbolnya kencang, kekuatan tenaga yang hebat dan menunjukkan mudah-mudahan prestasi ekonomi dan pembangunan rakyat Malaysia akan jauh lebih baik tahun ini,“ katanya.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kenamaan lain antaranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; bekas Presiden MCA, Tan Sri Tan Koon Swan dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Pada majlis itu, Anwar bersama-sama tetamu kehormat menggaul Yee Sang, hidangan tradisional yang sinonim dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Mengikut kalendar lunar, tahun ini merupakan Tahun Kuda yang dalam kepercayaan masyarakat Cina melambangkan semangat, ketekunan dan kemajuan. -BERNAMA















An insightful overview of businesses shaping customer experience. The analysis is thoughtful and forward-looking. At allknight, we https://allknight.com/ value content that explores innovation and service excellence, and this article offers valuable perspectives for brands aiming to build stronger, more customer-centric strategies.
This insightful post explores how https://3yhealth.com/ businesses are shaping the future of customer experience with innovation and strategy. At 3yhealth, we value forward-thinking ideas that prioritize user satisfaction, and this article offers excellent perspectives on how brands can adapt and thrive in changing markets.