top of page

JPN gesa rakyat segerakan pendaftaran kelahiran untuk elak kelewatan

  • nabalunews
  • Oct 26, 2024
  • 1 min read

25 Oktober 2024

 

KAJANG: Masyarakat dinasihatkan agar tidak menangguhkan pendaftaran kelahiran bayi mereka bagi memastikan proses mendapatkan sijil kelahiran berjalan lancar, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

 

Gesaan ini menyusul selepas kisah Hasmida Hamid, 33, yang tular baru-baru ini berikutan usaha selama enam tahun untuk memperoleh sijil kelahiran bagi empat anak kandungnya.

 

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, "Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertindak atas maklumat itu segera, dan pada akhir siasatan mengambil langkah untuk mengkategorikan kes ini sebagai daftar kelahiran lewat."

 

Beliau menjelaskan bahawa kesemua anak Hasmida kini memiliki sijil lahir kerana ibu mereka adalah warganegara Malaysia.

 

"Puan ini berasal dari Tumpat, Kelantan dan mempunyai kad pengenalan sebagai warganegara. Maka, anak-anak yang dilahirkan olehnya layak mendapat kewarganegaraan," tambahnya.

 

Pada petang tadi, Hasmida menerima sijil kelahiran dan MyKid anak-anaknya yang diserahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Hospital Kajang.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page