top of page

JPW Umum Pelaksanaan Program KasihnITa 2026 Untuk Pemerkasaan Ibu Tunggal

  • nabalunews
  • 27 minutes ago
  • 1 min read

20 Februari 2026


PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan melaksanakan Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 di tiga belas buah negeri di seluruh Malaysia.


Program ini merupakan inisiatif pemerkasaan khusus untuk para ibu tunggal yang dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi serta tenaga pakar yang berpengalaman.


Program ini bertujuan untuk membantu golongan ibu tunggal yang ingin membuat tuntutan kes selepas perceraian, selain memberikan bimbingan dalam menghadapi isu dan cabaran berkaitan pengurusan kewangan serta hutang. Dalam masa yang sama, program ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan potensi diri peserta untuk bergerak lebih maju dan berdaya saing.


Sepanjang program berlangsung, peserta akan didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran merangkumi aspek perundangan bagi membantu urusan tuntutan, modul pengurusan dan literasi kewangan untuk kestabilan ekonomi, serta modul pembangunan psikososial bagi memperkukuh kekuatan mental dan emosi.


Sehubungan dengan itu, JPW mengalu-alukan penyertaan daripada ibu-ibu tunggal yang berminat dan berkelayakan untuk bersama-sama menjayakan program ini. Maklumat lanjut mengenai tarikh, lokasi dan cara pendaftaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page