top of page

JSJN PDRM Lancar Operasi Berterusan Tanpa Henti, Tiada Kompromi Terhadap Sindiket Dadah

  • nabalunews
  • Mar 31
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


31 Mac 2026


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan kepada mana-mana sindiket dan pengedar dadah di seluruh negara.


JSJN menegaskan bahawa operasi membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah dilaksanakan setiap hari tanpa henti, melibatkan semua peringkat termasuk serbuan, penangkapan pengedar, pemeriksaan di lokasi berisiko, serta tangkapan dan pemeriksaan ke atas sasaran utama.


Menurut JSJN, setiap pergerakan sindiket sentiasa dipantau melalui risikan berterusan, dan tindakan tegas akan diambil tanpa mengenal penat.


Pengedar dadah diberi amaran bahawa tiada tempat untuk bersembunyi kerana mereka pasti akan dikesan, ditangkap, dan dihadapkan ke muka pengadilan. Operasi ini membuktikan komitmen berterusan JSJN PDRM dalam memerangi dadah dan melindungi generasi masa depan negara.


Dalam pada itu, orang ramai diingatkan bahawa dadah adalah musuh utama negara yang mampu merosakkan masa depan diri, keluarga, dan generasi.


Masyarakat dinasihati supaya tidak sesekali terjebak dengan dadah kerana sekali terjerumus, kehidupan seseorang boleh musnah selamanya.


JSJN PDRM menyeru seluruh masyarakat agar tampil menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah. Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222. Kerjasama semua pihak amat diperlukan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page