KAAMATAN ONLINE ANJURAN PIHAK LAIN TIDAK DILAKSANAKAN SEPENUHNYA SECARA ONLINEKAAMATAN ONLINE ANJURAN PIHAK LAIN TIDAK DILAKSANAKAN SEPENUHNYA SECARA ONLINE
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KAAMATAN ONLINE ANJURAN PIHAK LAIN TIDAK DILAKSANAKAN SEPENUHNYA SECARA ONLINE



2 Jun 2021


1. Situasi pandemik Covid-19, menyebabkan UPKO menyahut cabaran mengadakan Perayaan Tadau Kaamatan secara Online dua tahun berturut-turut, iaitu tahun 2020 dan pada 23 Mei 2021 yang lalu.


2. Penganjuran Kaamatan UPKO secara online bermakna memanfaatkan teknologi canggih era masa kini meliputi rakaman video klip, pengeditan digital, poster digital, buku aturcara dan iklan secara digital, penggunaan media sosial, live streaming, pengaturan kos dan wang tunai secara online banking dan sebagainya dalam pelaksanaan acara-acara meliputi, ucapan, gimik perasmian, pertandingan Sugandoi, pertandingan Unduk Ngadau dan pembelian peralatan.


3. Norma baharu dalam penganjuran Tadau Kaamatan ini harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang diwajibkan pihak berkuasa.


4. Acara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) dan Sugandoi Kaamatan (SK) dilaksanakan dengan peserta menghantar video klip secara online sesuai dengan persyaratan daripada AJK Penganjur Kaamatan Online UPKO. Peserta tidak perlu hadir ke lokasi pertandingan dan pengadilan dibuat oleh juri-juri pakar berdasarkan penampilan peserta dalam video klip yang dihantar secara online. Sebabnya kehadiran peserta ke lokasi penganjuran pasti akan melanggar larangan rentas daerah/negeri dalam konteks PKP, PKPB dan PKPD yang sedang dikuatkuasakan. Selain itu, penjarakan fizikal juga sukar dikawal.


5. Norma baharu ini amat berbeza dengan Penganjuran Tadau Kaamatan UPKO secara norma biasa pada tahun-tahun sebelum ini. Dahulu peserta UNK yang hadir secara bersemuka, mesti diiringi oleh wakil wanita dewasa dari daerah / bahagian berkenaan untuk hadir beberapa hari di lokasi pertandingan bagi mengelakkan perkara-perkara negatif yang tidak diingini dan mungkin boleh terjadi. Namun biasanya penganjur sudah lebih awal bersedia mengantisipasikannya.


6. Wujud rasa hairan apabila Tadau Kaamatan anjuran pihak-pihak lain yang diwar-warkan sebagai Kaamatan Online namun tidak melaksanakan Online sepenuhnya bagi mematuhi protokol kesihatan sesuai SOP semasa pendemik ini.


7. Kehadiran bersemuka para peserta UNK dan SK dari pelbagai daerah ke lokasi bermakna pertandingan tidak sepenuhnya dianjurkan secara online dan yang dalam talian hanya penyiaran pertandingan secara live streaming untuk dihadapkan kepada penonton. Kaedah tersebut seperti siaran langsung TV, bukan pertandingan secara online. Selain pematuhan pada SOP dan penjarakan fizikal menjadi sukar dan menjadi tanda tanya keberkesanannya, jaminan keselamatan para peserta dari segi risiko ketularan wabak dan keselamatan peribadi khususnya peserta wanita haruslah dititik beratkan. Menjaga martabat dan keselamatan peserta wanita sepanjang waktu pertandingan adalah menjadi tanggung jawab pihak penganjur.


8. SK dan UNK amat penting sebagai simbolisme budaya yang penting dalam Kaamatan. SK dan UNK yang dipercayai sinonim dengan Legenda Huminodun yang suci tidak boleh dicemari sama ada oleh para peserta mahupun oleh pihak penganjur atas kelemahan dan kekurangwibawaan penganjuran.


Monih Epin

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kaamatan UPKO Online 2021


bottom of page