top of page

KDNK Malaysia diunjur berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

18 Oktober 2025


PUTRAJAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 5.2 peratus pada suku ketiga 2025, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 4.8 peratus.


Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia membuktikan ekonomi negara terus berkembang pesat meskipun meskipun ekonomi global berdepan ketidaktentuan politik dan perdagangan.


"Walaupun dalam keadaan isu geopolitik dan perdagangan antarabangsa yang dikatakan tidak kelihatan stabil namun dari segi asasnya ekonomi Malaysia terus berkembang pesat terutama dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan," katanya.


Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian dalam sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet pada Jumaat.


Fahmi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta supaya sektor pembuatan diberi perhatian khusus bagi memastikan pelbagai isu cabaran dalam keadaan geopolitik dan perdagangan antarabangsa dapat ditangani dengan lebih baik.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan berjaya mengutip RM15.5 bilion dalam tempoh 2024 dan 2025, hasil daripada tindakan rampasan dan kutipan penalti pihak berkuasa negara.


Pencapaian itu, katanya membuktikan tindakan penguatkuasaan tegas membantu mengurangkan ketirisan dan perbuatan jenayah yang merugikan negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page