top of page

Kejayaan Kerajaan MADANI Dipacu Kestabilan Dasar dan Kepercayaan Rakyat

  • nabalunews
  • Dec 29, 2025
  • 1 min read

28 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Kejayaan yang dikecapi Kerajaan MADANI hari ini merupakan hasil gabungan kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan padu yang diberikan oleh rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif.


Malah katanya, di peringkat antarabangsa, hubungan antara kerajaan, pelbagai negara, kumpulan pemimpin, membuka ruang pelaburan strategik serta memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia.


“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat.


“Daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun rasmi facebook miliknya.


Anwar berkata, menerusi sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, beliau percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua.

 
 
 

1 Comment


desireenjust
Dec 29, 2025

I read this with cautious hope. Stability and trust matter, not just figures. When policies feel steady, daily life improves, slowly but real. It reminds me of basketballlegends , a game where patience and teamwork win over chaos. Reforms need the same calm rhythm, earned confidence, and focus on people, not noise. Guidance must stay inclusive, and grounded in service.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page