top of page

Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi – PM Anwar

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

ree

28 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Kejayaan yang dicapai Kerajaan MADANI ketika ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi dan kepercayaan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ekonomi negara terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan serta pelaksanaan agenda pertumbuhan yang inklusif.


“Malah, di peringkat antarabangsa, hubungan antara kerajaan, pelbagai negara, kumpulan pemimpin, membuka ruang pelaburan strategik serta memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.


Menurut Anwar, segala pencapaian itu bukan sekadar diukur melalui angka dan statistik, sebaliknya diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat.


Ia katanya, termasuk peningkatan kesejahteraan keluarga, pembukaan peluang ekonomi baharu serta jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan.


“Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page