top of page

Kekalahan PRN Melaka pengajaran berguna untuk PH - Upko

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 21, 2021
  • 1 min read



21 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Melaka memberi pengajaran berguna kepada anggota gabungan parti itu untuk bangkit semula dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


Ketua Pergerakan Generasi Muda (GEM) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Maxolvin Sintore Gabu berkata, PH perlu melakukan sesuatu untuk mengenalpasti kelemahan yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka semalam.


“Oleh itu saya berharap Majlis Presiden Pakatan Harapan dapat melakukan sesuatu bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada PRU-15,” katanya, di sini, hari ini bagi mengulas kegagalan PH membentuk kerajaan negeri Melaka.


Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan pada pilihan raya itu dengan memperolehi dua pertiga kerusi Dewan Undagan Negeri (DUN) sekaligus menerima mandat kembali mentadbir kerajaan negeri Melaka.


Gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala Pakatan Harapan hanya memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.


Maxolvin turut merakamkan ucapan tahniah kepada BN atas kemenangan mereka.


Maxolvin berharap, parti-parti dalam PH mengetengahkan calon-calon yang menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya akan datang.


“Saya berpendapat, para pengundi bukan setakat memilih parti tetapi juga melihat sama ada calon parti itu sesuai untuk mewakili mereka atau sebaliknya," katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page