top of page

Keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan – YDPA

  • nabalunews
  • 15 hours ago
  • 1 min read

9 Januari 2026


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dipelihara serta dipertahankan.


Seri Paduka Baginda bertitah bahawa pemeliharaan dua prinsip Rukun Negara itu amat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap tahap kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara.


“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah.


“Pemeliharaan dua aspek Rukun Negara itu amat penting kerana ia memberi kesan secara langsung ke atas tahap kepercayaan rakyat kepada integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Terdahulu, titah nasihat itu dizahirkan selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, di ibu negara, hari ini.


Pada pertemuan berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima taklimat mengenai isu semasa berkaitan perundangan negara, termasuk usaha pengukuhan tatakelola serta reformasi institusi ke arah memerangi rasuah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page