top of page

Kementerian, agensi perlu percepat pelaksanaan agenda digital – Anwar

  • nabalunews
  • 18 minutes ago
  • 1 min read

9 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Kementerian dan agensi perlu mempercepat dan memperkemas pelaksanaan agenda digital serta kecerdasan buatan (AI) negara bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penekanan itu ditegaskan beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) Bilangan 1 Tahun 2026, hari ini.


“Setiap kementerian dan agensi perlu meningkatkan tahap pelaksanaan keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini, termasuk membuat persiapan rapi menjelang pelancaran Malaysia Digital 2030 (MD2030) pada April 2026.


“Setiap kementerian dan agensi perlu mempertingkat tahap pelaksanaan keputusan-keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini, termasuk persiapan pelancaran Malaysia Digital 2030 (MD2030) pada April 2026.


“Pelancaran MD2030 ini bakal menjadi pemacu utama agenda digital dan AI negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah Negara AI menjelang 2030,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Anwar berkata, mesyuarat turut menekankan usaha memperhebat pendaftaran MyDigital ID, khususnya bagi aplikasi-aplikasi kerajaan, selain mewajibkan integrasi sistem baharu serta penyepaduan sistem sedia ada.


Menurut beliau, langkah itu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap, bersepadu dan berteraskan keperluan rakyat.


Selain itu, katanya, mesyuarat juga membincangkan pembentangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Digital berkaitan Government Innovation Initiative (GII) yang berpotensi memberi impak besar terhadap penambahbaikan sistem kesihatan negara.


“Mesyuarat juga mengambil maklum input Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (National AI Office, NAIO) yang menekankan pembangunan dasar AI berasaskan bakat tempatan meliputi pelbagai sektor dan peluang penyertaan inklusif kepada semua peringkat umur,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page