top of page

Kementerian Digital rancang tubuh Suruhanjaya Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data tahun depan

nabalunews

24 Oktober 2024

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Digital bercadang menubuhkan Suruhanjaya Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data (SKDKD) pada separuh pertama tahun hadapan untuk memastikan keselamatan serta produktiviti aliran data di negara ini.

 

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, menegaskan bahawa suruhanjaya tersebut akan berperanan penting dalam mengawasi ekosistem data yang selamat dan memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi digital.

 

"Saya telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pemain industri tertentu, dan kami bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa data sementara terlebih dahulu. Jawatankuasa ini akan mengemukakan cadangan struktur mengenai bagaimana suruhanjaya ini harus diatur," kata Gobind selepas melancarkan Sidang Kemuncak Malaysia Digital Xceleration (MDX) 2024 di sini.

 

Beliau turut mengumumkan bahawa Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dijangka dilancarkan pada pertengahan Disember depan untuk memperkukuh pembangunan teknologi di Malaysia.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page