Kementerian Luar keluarkan nasihat perjalanan ke tujuh negara Timur Tengah
- nabalunews
- 3 days ago
- 2 min read

1 Mac 2026
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengeluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat Malaysia di tujuh negara di Timur Tengah susulan perkembangan terkini di rantau itu.
Kementerian Luar berkata perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) perlu ditangguhkan sehingga situasi keselamatan kembali stabil.
Katanya, berikutan perkembangan semasa, termasuk serangan ketenteraan terbaharu serta peningkatan langkah keselamatan di beberapa kawasan di rantau itu, penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan telah dilaporkan di negara terlibat.
“Rakyat Malaysia di negara-negara berkenaan dinasihatkan supaya bersedia menghadapi kemungkinan perubahan jadual penerbangan secara mendadak, penutupan lapangan terbang serta sekatan perjalanan.
“Pengaturan alternatif atau pelan kontingensi hendaklah dibuat dengan segera sekiranya perlu,” menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.
Kementerian juga menggesa rakyat Malaysia di Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu, khususnya di kawasan yang terjejas atau berhampiran dengannya supaya sentiasa mengamalkan tahap kewaspadaan yang tinggi.
Selain itu, mereka juga digesa untuk mengelak kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Semua rakyat Malaysia yang menetap atau sedang berada di negara berkenaan diminta segera mendaftar dan mengemas kini butiran perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau perwakilan Malaysia yang terdekat.
"Ia juga boleh dilakukan melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my, bagi memudahkan penyaluran bantuan sekiranya diperlukan," katanya.
Sekiranya berlaku kecemasan atau sekiranya memerlukan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia yang terdekat:
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran boleh dihubungi di talian +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 / +98 933 535 2602 (kecemasan) atau e-mel di mwtehran@kln.gov, manakala kedutaan di Baghdad, Iraq di talian +964 787 859 8775 (kecemasan) atau Mwbaghdad@kln.gov.my (e-mel).
Kedutaan di Amman, Jordan di talian +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (kecemasan) atau e-mel mwamman@kln.gov.my; kedutaan di Kuwait City, Kuwait di talian +965 2255 0394 / +965 2255 0395 / +965 9678 3036 (kecemasan) atau mwkuwait@kln.gov.my; kedutaan di Doha, Qatar di talian +974 4483 6463 / +974 4483 6493 (kecemasan) atau mwdoha@kln.gov.my.
Kedutaan di Manama, Bahrain di talian +973 1756 4551 / +973 3899 0749 (kecemasan) atau mwmanama@kln.gov.my; kedutaan di Abu Dhabi, UAE di talian +971 2 4482 775 / +971 2 4482 776 atau mwabudhabi@kln.gov.my; dan Konsulat Jeneral di Dubai, UAE di talian +971 4 3985 847 / +971 50 737 9196 (kecemasan) atau dxb.cons@kln.gov.my.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi kementerian secara langsung melalui Bilik Operasi, Kementerian Luar di talian +603-8887 4570 atau emel: dutyofficer@kln.gov.my atau Bahagian Konsular, Kementerian Luar di talian +603-8887 4597 / +603-8887 4769 / +603-8887 4264 atau emel, bkrm@kln.gov.my.















Comments