Kenapa mesyuarat penyemakan semula pemberian khas Sabah ditunda? – ChanKenapa mesyuarat penyemakan semula pemberian khas Sabah ditunda? – Chan
top of page
  • Farah Salim

Kenapa mesyuarat penyemakan semula pemberian khas Sabah ditunda? – Chan


18 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin menyoal kenapa mesyuarat soal pemberian khas di bawah artikel 112D kepada Sabah ditunda.


Semasa penggulungan dasar Belanjawan 2021, Chan telah mebangkitkan isu penyemakan semula Artikel 112D di Perlembagaan iaitu pemgambilan 40 peratus net revenue yang dari Sabah.


Beliau mempersoalkan jika kerajaan akan menyemak semula pemberian khas tahunan kepada negeri Sabah.


“Semasa Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili menggulung di peringkat dasar Belanjawan 2021, saya bangkitkan lagi isu pemberian khas di bawah Artikel 112D kepada Sabah.


“Max menjawab, ‘sebenarnya sudah pun dipanggil mesyuarat dua bulan yang lalu tetapi Sabah dan Sarawak, kedua-duanya yang telah minta ditunda.’


“Soalan saya kepada Kerajaan GRS dan GPS, kenapa pula nak tunda penyemakan semula pemberian khas? Memang tidak masuk akal?” katanya di dalam satu posting di akaun Facebooknya.


Difahamkan sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan di mana Sabah diwakili oleh Menteri Kewangan 2 dan Sarawak diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri dengan pegawai-pegawai tertinggi.


Menurut Max, Menteri Kewangan yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut akan memanggil semula mesyuarat itu sebaik selesainya belanjawan.


“Saya cukup yakin dalam isu Artikel 112 yang mana kedua-dua negeri perlu menekan dan menyatakan isu 40 peratus ini. Jadi sabar-sabar,” kata Max ketika menjawab soalan Chan.

bottom of page