Kenyataan Media lain, Notis Rayuan lain. Apa makna semua ini untuk Sabah?
- nabalunews
- Nov 14, 2025
- 2 min read

14 November 2025
Hari ini ramai orang Sabah baca dua benda:
1. Kenyataan Media kerajaan, dan
2. Notis Rayuan sebenar yang dihantar ke mahkamah
Dan terus terang… dua-duanya tidak sama.
Kita bukan peguam, tapi kita boleh faham benda yang jelas depan mata.
.
Kenyataan Media kata:
“Kerajaan tidak merayu isu 40%.”
Bila baca ayat begitu, fikiran kita pun: “Ok lah… 40% selamat.”
Memang sedap bunyinya. Buat rakyat rasa tenang.
Tapi bila buka Notis Rayuan, lain bunyinya.
Baru kita faham apa maksud sebenar “tidak merayu 40%”.
Betul, formula 40% itu tidak disentuh.
TAPI…
Semua benda lain yang buat Sabah boleh dapat duit, itulah yang sebenarnya dirayu.
Antara yang kerajaan cuba buang atau batal:
arahan untuk buat semakan perlembagaan yang baru
dapatan bahawa tiada semakan sah sejak 1973
dapatan kerajaan langgar Perlembagaan
dapatan kerajaan salah guna kuasa
arahan kerajaan bayar ganti rugi
arahan kerajaan tunjuk jumlah tunggakan sebenar
keputusan yang membatalkan Warta 2022, 2023 dan 2025
.
Kalau ini semua digugurkan, kesan dia besar.
Formula 40% memang ada atas kertas, tapi jalan untuk Sabah dapat duit, habis risiko tertutup.
Di depan rakyat: “Kami tidak merayu bahagian penting.”
Di mahkamah: Merayu semua bahagian yang menjadikan hak itu boleh dilaksanakan.
.
Ringkasnya:
Kulit dibiarkan, isi dibuang.
.
Apa jadi kalau rayuan kerajaan menang?
Sabah tidak boleh paksa bayaran
Sabah hilang tuntutan selama bertahun tunggakan
Sabah hilang keputusan Hakim yang berpihak kepada kita
Sabah hilang mekanisme semakan masa depan
Sabah kembali zaman “hak ada, duit tiada”
Benda paling bahaya ialah kemenangan palsu, nampak macam Sabah menang, tapi sebenarnya kita hilang semuanya.
.
Itulah sebab rakyat Sabah kena faham.
Kenyataan Media seolah-olah berkata: "Ini bukan pasal 40%.”
.
Tapi bila baca Notis Rayuan: Ya, memang pasal 40%, cuma bukan formula, tapi semua yang buat formula itu berfungsi.
.
Malaysia ini ada undang-undang.
Kalau Perlembagaan sudah sebut hak Sabah jelas, ikut sajalah.
Jangan spin. Jangan sembunyi. Jangan pusing ayat.
.
Kenyataan Media hanya untuk meredakan rakyat.
Notis Rayuan ialah kertas sebenar yang tentukan masa depan Sabah.
Dan bila dibandingkan kedua-duanya…
Satu untuk umum.
Satu untuk mahkamah.
Dan mesejnya tidak sama.
Kita sebagai anak Sabah kena buka mata.
Kalau kita tidak bersuara,
hak kita boleh hilang tanpa kita sedar.
Tu sebabnya kita kena satu hati dan pilih PARTI YANG MENGUTAMA KAN SABAH DAN TIDAK BERSEKONGKOL DENGAN PARTI PERSEKUTUAN UNTUK MELENGAHKAN TUNTUTAN HAK SABAH.
Rakyat mesti #SabahFirst dan kekuatan Sabah ada pada Pemimpin yang bersatu yang dapat membuat keputusan sendiri tanpa gangguan daripada seberang.
Credit: Facebook Ds Chazy


















Comments